Friendly Games

Sukan Komanwel (Bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) adalah sebuah acara beraneka sukan yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel. Acara tersebut diadakan buat julung kali pada tahun 1930, dan telah dilangsungkan setiap empat tahun (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Dahulunya Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1930 hingga tahun 1950. Sukan Komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga tahun 1974.Seperti jumlah acara sukan Olimpik, Sukan ini turut mengandungi beberapa sukan yang dimain meluas di negara Komanwel, seperti lawn bowl, ragbi dan bola jaring.Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.